//Your Strawberry Teal Moustache
Gementarnya!
Sabtu, 28 September 2013 | 10:50 PG | 0 comments



Assalamualaikum! mcm tak percaya je..memang tak percaya..takk percaye giler la! ha, korang mesti pelik..apa yg nisa dok merapu td tu kan ?? nak tau tak ? betul nak tau ?? betul ke ni ... okay3, yela nak citer la ni..ish, tak sabor2.. haha, okay..berbalik pada citer asal mcm ni beberapa minggu yg lalu..*flash back* dah mcm filem pulak ade flash back bagai..hehe. Citernye berbunyi begini..skolah nisa mengadakan pertandingan pengisahan sejarah dgn nyanyian lagu patriotik. Nisa ingat taknak join pertandingan tu klau join pun mungkin nyanyian sbb ramai2,satu kelas..tp mcm takde pun org nak ajak nisa masuk nyanyian tu..so, nisa pun malas la nak masuk..buat bodoh je. Ade satu hari tu nisa tak dtg skolah sbb tak sihat, kebetulan hari tu jgak guru tingkatan nisa dtg kelas tanya sape yg masuk nyanyian sape yg masuk pengisahan..yg nyanyian tu hampir satu kelas masuk tinggal beberapa org  budak2 lelaki yg malas2 dgn dua tiga org budak perempuan termasuk nisa.

       Okay bab nyanyian tu dah settle, tinggal pengisahan sejarah je..yg tu takde sorang pun yg nak masuk..tak patut. Nak dijadikan citer la kan..mentang2 la nisa tak dtg hari tu ade ke patut sesedap maggi kari je diorg petik nama nisa kat cikgu utk pertandingan pengisahan sejarah. Hah, ni mmg double triple tak patut! Cikgu pun kata okay. Esoknya bila nisa dtg ketua tingkatan, siti bgtau nisa yg diorg dah letak nama nisa utk pengisahan sejarah. Hah, mmg terkejut giler wa ckp lu! yela mana tak terkejut ingt taknak masuk apa sekali kena masuk pulak..nisa sorang pulak tu. Mana aci mcm ni.. dah la lgi berapa hari je pertandingan tu, langsung takde idea.. sbb nisa sorang je! Mmg tak dpt nak fikir apa2 la jwbnye --' .  Esoknya pulak,  cikgu yg bertanggungjawb ke atas pertandingan pengisahan sejarah tu pun dtg la ke kelas..nak ambik nama perserta yg masuk pertandingan tu sape lagi klau bukan nisa. Lepas je nisa tulis nama, nisa heret kawan2 nisa yg tak masuk apa2 tu join nisa sekali, yela takkan la nisa nak masuk sorang2kan..memang tak la! hehe.

       Lepas dah bg nama kat cikgu bermula la sesi persediaan...kitorang bertiga dok fikir nak buat apa untuk  pengisahan sejarah nnt..hurmm. Fikir punya fikir akhirnya kitorang sepakat nak bersajak je.. almaklum la..nisakan pernah bersajak sebelum ni, kawan2 nisa pulak jenis mudah diajar..so rasanya takde masalah bg kitorang..cuma satu masalah je mmg kitorang tak boleh nak elak, nak tau apa dia ? betul nak tau ? klau nisa ckp ni korang jgn gelak pulak..kitorang ni mmg takut berdiri atas pentas..rasa nak tertanggal je lutut ni ha bila berada atas pentas..nak nak pulak bertiga..klau ramai2 boleh tahan lagi. Okay, sajak..hurmm.. mula2 kitorang confius jgak sama ada sajak tu perlu dihafal atau bleh bawak kertas naik atas pentas tp cikgu kata hafal lebih baik..so kitorang pun bersungguh2 la hafal siap dgn mimik muka lagi tu..hehe. Cikgu BM pun ade tolong kitorang supaya lebih menghayati sajak yg akan diklimasikan nnt..cikgu kata suara dgn mimik tu memainkan peranan yg sngat penting supaya dpt pikat hati juri..so, kitorang pun follow je la apa cikgu ckp. Tiba la pada hari yg dinantikan..hari yg mendebarkan. Huh, mendebarkan ke ? mesti la, giler tak berdebar rasa nak tercabut je lutut ni sebab takut nak naik pentas..parah tu. Okay tiba giliran kitorang untuk naik ke atas pentas..berdebar2 kot. You all nak tau tak sajak apa yang kitorang deklimasikan ? kitorang deklimasikan sajak yg bertajuk 'NEGARAKU BEBAS MERDEKA'

Kini..
tiada lagi tangisan insan terseksa
terkapai-kapai lemas mencari daratan
berkorban jiwa pertahan negara
penjajah durjana merampas segala

50 tahun dahulu..
stadium merdeka menjadi saksi
negaraku merdeka
rakyatku tidak lagi sengsara
menangis gembira mendapat cahaya

Merdeka..
tiada lagi penjajahan..
tiada lagi penderitaan..
tiada lagi jeritan penyiksaan..
tanah air ditadbir insan bijak bestari..
memimpin negara mengukir nama..

Kini..
50 tahun sudah merdeka..
negaraku cemerlang, gemilang dan terbilang
burung berkicau bebas berterbangan
menjadi tanda negaraku aman damai

Maju berteknologi
kearah mencapai wawasan 2020.
kugenggam erat amanah pejuang tanah air
pertahanlah kemerdekaan
teruskanlah kemajuan disebalik tirai kemerdekaan
sematkanlah semangat jiwa bangsa dilubuk hati
semoga kekal selamanya

merdeka tetap merdeka..

Renungan Bersama ..
Selasa, 25 Jun 2013 | 11:18 PTG | 0 comments
Assalamualaikum , hai semua :) .. dah lama nisa tak update blog .. hehe ..  hari ni baru berkesempatan nak update 
.. huhu .. okay berbalik pada tujuan asal, nisa sebenarnya nak share something dengan korang .. hope blog kali ini berguna dan dapat korang manfaatkan sebaik-baiknya ^.^

Empat perkara dalam Empat keadaan 

Sesungguhnya Allah SWT menyembunyikan empat perkara dalam empat keadaan. 

Pertama, disembunyikan redhaNya pada ketaatan hambaNya. 
Maka janganlah menghina amal yang remeh dan sedikit,
kemungkinan ada pada amal tersebut redha Allah tanpa
diketahui.

Kedua, disembunyikan kemurkaanNya pada kemaksiatan
hambaNya. Maka janganlah memperkecilkan dosa yang kecil,
kemungkinan terdapat kemurkaan Allah yang tidak diketahui.

Ketiga, disembunyikan juga waktu dikabulkan doa. Maka 
janganlah memandang remeh dalam berdoa. Boleh jadi doa
tersebut bertetapan dengan waktu dimakbulkan doa, 
sedangkan manusia itu tidak mengetahui.

Keempat, disembunyikan juga wali dalam kalangan hambaNya. 
Maka janganlah di antara kamu memperlekehkan mereka yang 
berpakaian hodoh dan buruk. Barangkali dia adalah wali 
Allah, sedangkan kamu tidak mengetahui.

Kesimpulannya: sebagai hambaNya kita cuma dituntut dua 
perkara iaitu buat yang disuruh, tinggalkan 
yang dilarang.




Itu sahajalah yang dapat nisa kongsikan dalam entri kali ini ..  insyaAllah kalau umur panjang  nisa akan kongsikan lagi pelbagai entri yg berguna dgn korang okay ;) .. sekian .. Wasalamualaikum ~
BEZA ANTARA CINTA , SAYANG , MINAT , DAN SUKA
Isnin, 20 Mei 2013 | 8:31 PG | 0 comments

CINTA - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


SAYANG - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang 
di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


SUKA - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)


MINAT - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

IBU DAN AYAH
Sabtu, 20 April 2013 | 4:00 PG | 0 comments


Assalamualaikum dan salam sejahtera .. Hari ini saya nak share satu puisi yang bertajuk 'IBU DAN AYAH' .. Hope korang suka~

                             
                      
                      IBU DAN AYAH

     ibu dan ayah          
     di kau umpama cahaya mentari 
     yang menyinari hari-hari ku
     yang memberi sinar dalam hidupku
    di kau yang menjadi pembakar semangatku
    di kau yang ada di sampingku  
    kala susah dan senang

           ibu dan ayah
     yang amat ku cintai
     yang amat berjasa
    tanpa di kau siapalah aku
    umpama sehelai kertas kosong
    yang tidak bernilai

    tidak pernah berasa lelah
    tidak pernah berasa kecewa
    tidak pernah berhenti menyayangi diri ini
    dari fajar menyinari cahaya
    sehingga terbenamnya mentari
    sehingga bulan menunjukkan diri
    sehingga bintang menguasai langit

           ibu dan ayah
    maafkan daku jika pernah terlanjur  bicara
    maafkan daku jika pernah memalingkan muka 
    tika di kau berbicara
    maafkan daku jika pernah membuat di kau 
    mengalirkan air mata duka

    ibu dan ayah
    kan ku sentiasa mengingati  di kau         
    kan ku kenang segala jasa di kau
    kan ku hargai setiap masa 
    yang di kau luangkan buat daku

    oh , Tuhan!
    kasihi dan sayangilah mereka seperti mereka
    kasih dan sayangi daku tika daku kecil-kecilan
    sehingga bisa berdiri di atas kaki sendiri
    oh,Tuhan!
    ampunilah segala dosa-dosa mereka
    dan rahmatilah hidup mereka.



Assalamualaikum =)
Ahad, 17 Mac 2013 | 4:45 PG | 0 comments
Assalamualaikum...

Hai, dah lama tak menulis terbiar je blog ni...kesian dia..hahaha..lol.. Sebenarnyakan kita nak share something kat korang..tahun ni adalah tahun yg paling sedih dalam hidup kita sbb kita akan kehilang seorang sahabat merangkap senior kita kat sekolah... kita kenal dengan dia dah dekat dua tahun.. kita sayang dia sangat-sangat. Dia seorang yang baik, peramah, sporting, sempoi dan gila-gila macam kita.. :) kiranya dia ni sekepala dengan kita la... untuk pengetahuan korang kita orang berdua banyak persamaan kat sekolah seperti unit beruniform, rumah sukan, persatuan dengan permainan dan kami juga berkongsi hobby yg sama iaitu singing... suara dia sedap sangat.. kita selalu nyanyi sama-sama dengan dia bila kat sekolah :D setiap kali kita jumpa dia kita tak akan berhenti ketawa dan tersenyum... dia adalah seorang yg sangat-sangat BEST & AWESOME!!!!!!!!!!! huhuhuhuhuhu .

Setiap kali kita pergi sekolah mesti akan teringat dia, kadang-kadang kalau terserempak dengan kawan-kawan dia secara automatic kita akan tanya pasal dia kat kawan-kawan dia... Kita dah anggap dia macam kakak kita sendiri, lepas ni mesti kita akan rindu dia... rindu nak nyanyi dengan dia, rindu nak lepak-lepak dengan dia macam selalu...  :( 

                                 Sayang dia sangat-sangat dia umpama lagu dalam hidup kita ^_^
Hayatku Makin Hampir
Khamis, 24 Januari 2013 | 4:35 PTG | 0 comments
Hai, Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai saudara dan saudari sekali. Saya ingin berkongsi satu cerita. Harap cerita ini mampu menyedarkan kita semua.

Aku hanya sebutir bintang. Terbentuk lima juta tahun yang lalu. Cahayaku memancarkan siang, memberi kepanasan. Walaupun jarakku dari bumi sekitar 93,026,724 batu, cahayaku mampu membutakan mata manusia yang memandang.
             Aku hanya satu bebola plasma yang berjisim. Tindak balas gabungan nuklear dengan kadar 600 juta tan menjadikan aku mampu bersinar seperti yang kalian lihat. Cahayaku mampu sampai kepada manusia dalam masa lapan minit.
             Kuberikan manusia menikmati siang dan malam. Tetapi ingatlah, aku tidak terus-menerus bersinar. Aku juga punya jangka hayat, seperti usia manusia. Apabila tiba saatnya nanti, aku juga akan mati.
             Aku juga melalui usia penuaan. Kini, perjalananku yang penghujungnya adalah kematian para bintang telah pun bermula.
             Manusia telah mula merasakan kesannya. Planet biru ini semakin kepanasan. Tanaman mudah mati, ketulan ais di kutub mula mencair. Paras air laut kian meningkat sehingga mampu menenggelamkan kota di pinggir pantai.
             Seiring dengan usiaku, aku akan menjadi lebih panas sehingga akhirnya membunuh kehidupan di bumi. Lantas, aku akan mengembang, membesar bak bintang raksasa merah yang akan menelan kesemua planet di sekelilingku.
             Pada saat yang telah ditentukan oleh-Nya, aku akan kehilangan tenaga dan akhirnya mati.
             Seperti firman Allah berbunyi: "Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap)." - Surah at-Taqwir : Ayat 1 .
             Ketika itu, aku akan digulung. Cahayaku mulai pudar dan akhirnya lenyap tatkala dunia mengalami kehancuran sehingga tiada satu pun yang bolah menggantikan segala kehancuran itu. 
             Kini, aku sedang dalam perjalanan menuju ke arah tersebut. Ke tempat persemadianku yang telah ditentukan oleh-Nya. Menuju kematian yang bakal memusnahkan kehidupan kalian.
             Aku... yang kalian kenali sebagai bebola api si matahari.



Cerita ini hanyalah sebagai renungan kita bersama dan ia merupakan cerita saya yang pertama satu tulis dalam blog ini. Harap anda semua sudi membaca entri ini. Sampai di sini sahajalah yang dapat saya kongsikan bersama, kalau ada entri yang lebih bermanfaat lagi dan dapat dijadikan renungan kita bersama InsyaAllah saya akan kongsikan.Assalamualaikum. Thanks for reading ;) 
luahan
Isnin, 21 Januari 2013 | 6:31 PG | 0 comments
Hai, Assalamualaikum  :) ... Saya baru je nak belajar-belajar menulis blog... idea pon tak berape nak ade untuk menulis. Tengah belajar mcm mn nak buat blog ni jadi lg menarik untuk dibaca. Nanti kalau ade ape-ape yg menarik untuk saya kongsikan insyaAllah saya akan kongsikan ye... ni pon dah mlm, ok lah bye-bye semua Assalamualaikum dan selamat malam ;)

Older Post
Helo, Assalamualaikum. Welcome to strawberry land. Place where I bully person to give me her strawberry. Nak satu strawberry?
About Links Entries


Template by : Student Kecik
Most help :