Hayatku Makin Hampir
Khamis, 24 Januari 2013 | 4:35 PTG | 0 comments
Hai, Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai saudara dan saudari sekali. Saya ingin berkongsi satu cerita. Harap cerita ini mampu menyedarkan kita semua.Aku hanya sebutir bintang. Terbentuk lima juta tahun yang lalu. Cahayaku memancarkan siang, memberi kepanasan. Walaupun jarakku dari bumi sekitar 93,026,724 batu, cahayaku mampu membutakan mata manusia yang memandang.
Aku hanya satu bebola plasma yang berjisim. Tindak balas gabungan nuklear dengan kadar 600 juta tan menjadikan aku mampu bersinar seperti yang kalian lihat. Cahayaku mampu sampai kepada manusia dalam masa lapan minit.
Kuberikan manusia menikmati siang dan malam. Tetapi ingatlah, aku tidak terus-menerus bersinar. Aku juga punya jangka hayat, seperti usia manusia. Apabila tiba saatnya nanti, aku juga akan mati.
Aku juga melalui usia penuaan. Kini, perjalananku yang penghujungnya adalah kematian para bintang telah pun bermula.
Manusia telah mula merasakan kesannya. Planet biru ini semakin kepanasan. Tanaman mudah mati, ketulan ais di kutub mula mencair. Paras air laut kian meningkat sehingga mampu menenggelamkan kota di pinggir pantai.
Seiring dengan usiaku, aku akan menjadi lebih panas sehingga akhirnya membunuh kehidupan di bumi. Lantas, aku akan mengembang, membesar bak bintang raksasa merah yang akan menelan kesemua planet di sekelilingku.
Pada saat yang telah ditentukan oleh-Nya, aku akan kehilangan tenaga dan akhirnya mati.
Seperti firman Allah berbunyi: "Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap)." - Surah at-Taqwir : Ayat 1 .
Ketika itu, aku akan digulung. Cahayaku mulai pudar dan akhirnya lenyap tatkala dunia mengalami kehancuran sehingga tiada satu pun yang bolah menggantikan segala kehancuran itu.
Kini, aku sedang dalam perjalanan menuju ke arah tersebut. Ke tempat persemadianku yang telah ditentukan oleh-Nya. Menuju kematian yang bakal memusnahkan kehidupan kalian.
Aku... yang kalian kenali sebagai bebola api si matahari.
Cerita ini hanyalah sebagai renungan kita bersama dan ia merupakan cerita saya yang pertama satu tulis dalam blog ini. Harap anda semua sudi membaca entri ini. Sampai di sini sahajalah yang dapat saya kongsikan bersama, kalau ada entri yang lebih bermanfaat lagi dan dapat dijadikan renungan kita bersama InsyaAllah saya akan kongsikan.Assalamualaikum. Thanks for reading ;)








