Renungan Bersama ..
Selasa, 25 Jun 2013 | 11:18 PTG | 0 comments
Assalamualaikum , hai semua :) .. dah lama nisa tak update blog .. hehe .. hari ni baru berkesempatan nak update .. huhu .. okay berbalik pada tujuan asal, nisa sebenarnya nak share something dengan korang .. hope blog kali ini berguna dan dapat korang manfaatkan sebaik-baiknya ^.^
Empat perkara dalam Empat keadaan
Sesungguhnya Allah SWT menyembunyikan empat perkara dalam empat keadaan.
✉ Pertama, disembunyikan redhaNya pada ketaatan hambaNya.
Maka janganlah menghina amal yang remeh dan sedikit,
kemungkinan ada pada amal tersebut redha Allah tanpa
diketahui.
✉ Kedua, disembunyikan kemurkaanNya pada kemaksiatan
hambaNya. Maka janganlah memperkecilkan dosa yang kecil,
kemungkinan terdapat kemurkaan Allah yang tidak diketahui.
✉ Ketiga, disembunyikan juga waktu dikabulkan doa. Maka
janganlah memandang remeh dalam berdoa. Boleh jadi doa
tersebut bertetapan dengan waktu dimakbulkan doa,
sedangkan manusia itu tidak mengetahui.
✉ Keempat, disembunyikan juga wali dalam kalangan hambaNya.
Maka janganlah di antara kamu memperlekehkan mereka yang
berpakaian hodoh dan buruk. Barangkali dia adalah wali
Allah, sedangkan kamu tidak mengetahui.
Kesimpulannya: sebagai hambaNya kita cuma dituntut dua
perkara iaitu buat yang disuruh, tinggalkan
yang dilarang.








